‘Azwati bukan pemegang jawatan Wanita UMNO Titiwangsa’

Azwati sebelum ini dilapor mahu Noraini berundur daripada mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang.
Azwati sebelum ini dilapor mahu Noraini berundur daripada mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang.
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa menafikan laporan yang menggesa agar Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad berundur daripada mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Ketuanya, Datuk Mar Dg Matrok berkata, Azwati Abdul Halim yang dilaporkan bukan ahli Wanita UMNO Titiwangsa.

“Saya selaku Ketua Wanita UMNO Titiwangsa menafikan laporan berita tersebut.

“Azwati Abdul Halim bukan pemegang jawatan Wanita UMNO dalam Titiwangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, ahli Wanita UMNO Titiwangsa, Azwati dilapor mahu Noraini berundur daripada mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Katanya, gesaan itu dilakukan agar Noraini dapat bertanggungjawab sepanjang mengetuai sayap itu.

Menurut beliau, sebagai ketua, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong seharusnya mendengar masalah dihadapi anak buahnya dan bukannya menjauhkan diri.