Arsenal akui Everton lebih baik

Arteta
Arteta
A
A
A

ARSENAL disifatkan tidak berada pada tahap sebenar kelab London itu selepas dijinakkan kelab bawahan Everton pada Sabtu.

Malah tanpa berselindung, pengendali The Gunners, Mikel Arteta mengakui Everton tampil lebih baik ketika menyaingi kelab London tersebut.

"Saya rasa Everton sangat bagus. Kami harus mengucapkan tahniah kepada mereka terlebih dahulu apabila mereka berusaha mengubah keadaan.

"Saya fikir mereka menyukarkan kami untuk memenangi permainan kerana mereka benar-benar cekap dan berintensiti tinggi," katanya.

Sebelum itu, bekas pengendali Burnley, Sean Dyche memulakan tugasan selaku pengurus Everton dengan kejutan apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas pendahulu Arsenal di Goodison Park.

Tandukan padu James Tarkowski pada minit ke-60 di separuh masa kedua menyaksikan The Toffees memenangi perlawanan pertama sejak Oktober tahun lalu sekali gus keluar dari zon penyingkiran.

Namun Arsenal pula biarpun tewas masih kekal mendahului lima mata ke atas pasukan tangga kedua, Manchester City.

Pada masa sama Arteta juga mengakui kecewa dengan situasi perlawanan yang sepatutnya dimanfaatkan pelawat.

"Dari kekecewaan pihak kami pula kerana tidak mendapat keputusan yang kami mahukan dan prestasi tidak mencerminkan apa yang kami lakukan terutamanya dalam fasa dua.

"Fasa satu mereka benar-benar agresif dan kami pula bergelut untuk mengawal permainan dan kembali kepada permainan yang kami mahu mainkan.

"Kemudian dengan jumlah situasi terbuka yang kami hasilkan dalam sepertiga akhir yang perlu diakhiri dengan gol. Namun ternyata peluang yang jelas dimiliki dipersiakan lebih daripada yang kami lakukan hari ini," katanya.

Mengulas mengenai tindakan penyokong semasa perlawanan Arteta berkata," Ya, tetapi kita tidak boleh mengawal tenaga yang mereka akan ada. Saya pasti ia akan sama seperti hari ini pada perlawanan lain.

"Perkara lain ialah apa yang boleh kita lakukan dalam permainan dan cuba senyapkan mereka sebanyak mungkin dengan keputusan perlawanan.

"Ada masa di mana kami berjaya melakukan itu begitu juga sebaliknya," katanya.