Dua cedera, 10 selamat bas terbalik

Keadaan bas yang terbalik dalam kemalangan di jalan kilang sawit Jengka 3,Maran pada Sabtu. Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan. -Foto: Ihsan APM
Keadaan bas yang terbalik dalam kemalangan di jalan kilang sawit Jengka 3,Maran pada Sabtu. Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan. -Foto: Ihsan APM
A
A
A

MARAN - Seorang wanita dan kanak-kanak perempuan cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan bas di jalan kilang sawit Jengka 3 dekat sini pada Sabtu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran, Kapten (PA) Mohamad Nor Azhar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.05 petang.

"Dalam kejadian itu, bas terbabit turut terbalik di tepi jalan bagaimanapun 10 penumpang selamat.

"Dua mangsa yang cedera melibatkan penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit dan kedua-duanya telah dihantar dihantar ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.