Sila log masuk terlebih dahulu.

PM rindu makan rojak di Port Dickson

03 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 3 FEBRUARI 2023

Buat pertama kali selepas bergelar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson 'kembali' ke kawasan pelancongan itu pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Beliau meluangkan masa singgah menjamu selera di Kedai Makanan dan Minuman Salleh Abdullah di Batu 3, Jalan Pantai Port Dickson di sini sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Bagan Pinang.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru tiba jam 12.50 pagi ditemani Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga berbaju Melayu berwarna sedondon.

Artikel: https://bit.ly/3DDKZO4

#BeritaSemasa #SinarHarian