Bekas Konsultan Sinar Harian meninggal dunia

Hafifi Hafidz
Hafifi Hafidz
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Konsultan Sinar Harian, Datuk Hafifi Hafidz meninggal dunia di Hospital Pakar Avisena pada Jumaat.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Pengarang Eksekutif Harian Metro menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 12 tengah hari tadi akibat radang paru-paru.

Difahamkan beliau sebelum ini menghidap barah rongga pernafasan tahap empat pada Mac 2005 dan kembali pulih setahun selepas itu.

Menurut sumber, solat jenazah akan diadakan pada jam 3 petang, selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiyah, Seksyen 19, Shah Alam.

Allahyarham seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.