Myanmar isytihar undang-undang tentera di 37 bandar

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
YANGON - Majlis Pentadbiran Negara pada Khamis mengisytiharkan undang-undang tentera di 37 bandar di empat wilayah dan empat negeri di Myanmar.

Menurut perintah majlis yang dikeluarkan di 37 bandar itu merangkumi 11 dari wilayah Sagaing, tujuh dari negeri Chin, masing-masing lima di wilayah Magway dan Bago.

Majlis memberikan kuasa pentadbiran dan kehakiman kepada komander tentera masing-masing untuk melaksanakan langkah keselamatan dan mengekalkan kedaulatan undang-undang, menurut kenyataan majlis itu.

Tindakan berkenaan diambil sehari selepas negara itu melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan. - Bernama