Jorginho dedah sebab pilih Arsenal

Jorginho (kanan) mendedahkan Arteta menjadi watak penting kehadirannya ke Emirates. Foto Agensi
Jorginho (kanan) mendedahkan Arteta menjadi watak penting kehadirannya ke Emirates. Foto Agensi
A
A
A

PENERAJU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal teruja dengan kehadiran Jorginho pada hari terakhir jendela perpindahan pemain lalu.

Buat julung kalinya pemain berusia 31 tahun itu bertemu dengan pengurus The Gunners, Mikel Arteta dalam suasana ceria.

Arsenal memuat naik rakaman pertemuan Jorginho yang disambut mesra Arteta sambil berkata.

“Selamat datang kawan. Awak gembira?”

Pemain tengah yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dan Kejohanan Eropah itu membalas;

“Saya tak sabar untuk bermula.”

Selepas Arsenal mengumumkan pembelian tersebut, Jorginho memberitahu bahawa Arteta merupakan watak penting membawanya ke Emirates.

“Arteta mempunyai pengaruh yang kuat. Dia pernah cuba beberapa kali untuk mendapatkan saya sebelum ini, namun ia tidak berlaku atas sebab tertenu.

“Bukan kerana saya tidak mahu. Jadi sudah tentu, dia memberikan pengaruh besar,” ujar Jorginho.

Bekas pemain Chelsea itu secara jujur mengakui sudah tidak sabar untuk turun beraksi.

“Semuanya berlaku dengan pantas. Masih terkejut, tapi saya ambil peluang untuk cabaran menakjubkan ini.

“Ia jersi yang penting. Ia kelab yang menakjubkan. Kelab yang besar. Saya sangat teruja dan gembira berada di sini,” kata Jorginho