Sila log masuk terlebih dahulu.

1,907 naskah al-Quran tiada kelulusan KDN dirampas 

01 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 1 FEBRUARI 2023

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan merampas 1,907 naskah al-Quran dan 2,060 bahan al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Rampasan itu dibuat menerusi Ops Mulia yang dijalankan di Pulau Pinang pada 9 Januari lalu selepas menyerbu sebuah rumah pangsa di Taman Alma, Bukit Mertajam yang dijadikan stor penyimpanan naskah al-Quran berkenaan.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, helah itu terbongkar hasil risikan yang dijalankan pihaknya sejak Oktober lalu apabila mendapati pihak terbabit menjual naskah serta bahan al-Quran itu sebagai sumber pendapatan utama mereka.

#BeritaSemasa #SinarHarian