Sila log masuk terlebih dahulu.

Status lima ADUN UMNO Sabah diputuskan lembaga disiplin: Zahid

30 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 JANUARI 2023 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa proses untuk mengambil tindakan mesti dilakukan oleh Lembaga Disiplin parti sebelum diserahkan kepada Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan, lapor wartawan Sinar Harian, Norasikin Daineh. Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian bagi memberi respons berkenaan tindakan yang akan diambil oleh UMNO terhadap empat ADUN UMNO-Barisan Nasional yang baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Ditanya adakah UMNO dalam dilema untuk mengambil tindakan terhadap kesemua ADUN berkenaan, beliau berkata, perkara itu memang jelas namun tindakan perlu dilakukan dengan adil. #BeritaSemasa #SinarHarian