Sila log masuk terlebih dahulu.

Pecat ahli: MKT UMNO dah tak boleh 'tegur' Presiden?

30 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 JANUARI 2023 Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO didakwa tidak berfungsi untuk menegur tindakan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam membuat keputusan yang disifatkan merugikan parti tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor. Bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, MKT UMNO perlu menasihatkan pimpinan utama parti dalam membuat keputusan tepat kerana mereka menggalas amanah lebih 140,000 perwakilan untuk membantu parti. Sebelum ini, Mohd Yusof turut mengesahkan beliau digantung keahlian parti selama enam tahun pada September tahun lalu. Artikel: https://bit.ly/3jiGNML#BeritaSemasa #SinarHarian