'Kemenangan terbesar dalam karier saya’

Djokovic - Foto AFP
Djokovic - Foto AFP
A
A
A

BINTANG tenis Serbia, Novak Djokovic menyifatkan kemenangannya ke atas Stefanos Tsitsipas dari Greece dalam final Terbuka Australia pada Ahad adalah kemenangan terbesar dalam kariernya.

Malah Djokovic juga menegaskan ketika dia merangkul gelaran Grand Slam ke-22, sekali gus memenangi semula hati penyokong tuan rumah setahun selepas diusir dari negara itu.

Setelah tiba di Australia tanpa vaksin 12 bulan lalu, juara Melbourne 10 kali itu telah dihantar pulang di tengah-tengah tindak balas daripada warga Australia yang marah apabila mengalami beberapa sekatan paling sukar ketika peningkatan kadar kes Covid-19 seluruh dunia.

Tetapi masalah pemain Serbia itu kini jauh di belakangnya apabila kemenangan 6-3 7-6(4) 7-6(5) ke atas Tsitsipas yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada orang ramai di Arena Rod Laver.

“Saya perlu mengatakan bahawa ini adalah salah satu kejohanan paling mencabar yang pernah dihadapi dalam hidup saya, dengan mengambil kira keadaan.

“Tidak bermain tahun lepas, kembali tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membuatkan saya berasa dialu-alukan dan selesa berada di Melbourne, Australia.

“Ya, saya cuba mencubit diri saya dan benar-benar mengharungi detik-detik ini dan ia adalah satu perjalanan yang panjang.

“Hanya pasukan dan keluarga yang tahu apa yang telah kami lalui dalam tempoh empat hingga lima minggu lepas. Ini, mungkin, adalah kemenangan terbesar dalam hidup saya mengambil kira keadaan,” kata Djokovic.

Dalam perlawanan ulangan penentuan Terbuka Perancis 2021, Tsitsipas yang berusia 24 tahun tidak dapat menggunakan beberapa peluang yang dimilikinya apabila gagal menghalang Djokovic memenangi gelaran Grand Slam ke-22nya.

“Nasib yang sukar malam ini, pertempuran yang hebat. Ini pastinya bukan Grand Slam terakhir anda, anda masih mempunyai banyak masa, lebih banyak daripada saya.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga anda dan pasukan anda... Anda adalah salah seorang pemain tenis paling profesional yang saya kenali dalam jelajah itu, dan salah seorang yang paling menarik,” kata Djokovic.