Sila log masuk terlebih dahulu.

TPM lawat mangsa banjir di Politeknik Mersing

28 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 28 JANUARI 2023

[MOJO LIVE] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara di Politeknik Mersing, Johor, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu menjadi tumpun media selepas semalam, MKT UMNO mengumumkan pemecatan dan pengantung beberapa orang ahli UMNO.

Mereka yang dipecat ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar manakala yang digantung keahlian selama enam tahun termasuklah ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa