Amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk untuk Kelantan dan Terengganu sehingga 30 Januari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, cuaca itu dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh termasuk Terengganu.

Beliau turut memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Isnin depan melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Kelantan.

Amaran hujan berterusan
Amaran hujan berterusan

"Daerah yang terlibat di Kelantan adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Muhammad Helmi, angin kencang 50 hingga 60 kilometer/jam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh tersebut.

"Justeru, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.



"Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," ujarnya.