49 sekolah di Sabah terjejas banjir

Antara sekolah yang dinaiki air di Sabah.
Antara sekolah yang dinaiki air di Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 15,531 murid dan pelajar dari 49 sekolah di negeri ini terjejas akibat banjir.

Kesemua sekolah yang terjejas itu adalah dari tujuh daerah iaitu Pitas, Beluran, Kudat, Sipitang, Beaufort, Kota Marudu dan Lahad Datu.

Menurut laporan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), kesemua sekolah yang tidak beroperasi itu disebabkan laluan dan kawasan sekolah dinaiki air, terbabit dalam kerja pembersihan serta ada yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Laporan itu memaklumkan, sebanyak enam sekolah di Pitas yang tidak beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2, Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom, SK Liu Pitas, SK Dandum, SK Senaja dan SK Salimpodon Darat.

Sementara itu, di Beluran sebanyak 18 sekolah yang tidak beroperasi iaitu membabitkan SK Golong, SK Obah, SK Pinangkau, SK Simpangan, SK Sualok, SK Abuan, SK Tanjung Nipis, SK Basai Baru, SK Matanggal dan SK Pamol.

Selain itu, SK Tagas-Tagas, SMK Pamol, SK Binsulung, SK Bawang, SK Botition, SK Ladang Sabahpalm, SK Nangoh dan SK Maidan turut tidak beroperasi.

Bagi Kota Marudu, sebanyak 16 sekolah tidak beroperasi iaitu SMK Langkon, SK Langkon, SK Masalog, SK Bintasan, SK Tumunda Salimandut, SK Mangin, SK Popok, SK Bengkongan, SK Tigaman, SK Pekan, SK Tagaroh, SK Ongkilan, SK Ranau, SK Taritipan, SMK Tandek dan juga SMK Bengkongan.

Bagi daerah Kudat pula, sebanyak dua sekolah tidak beroperasi iaitu SK Sikuati dan SK Lok Yuk dan di Sipitang sebuah sekolah membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Sin Boon.

Empat sekolah di Beaufort turut terjejas iaitu SK Suasa, SJKC Lian Hwa, SK Batu 60 dan SK Lago manakala di Lahad Datu, dua sekolah tidak beropeasi ialah SK Unico Desa dan SMK Terusan Sugut.

Antara sekolah yang terjejas akibat banjir di Sabah.