Harga petrol, diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 26 Januari hingga 1 Februari ini.
Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 26 Januari hingga 1 Februari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 26 Januari hingga 1 Februari ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama