Mohd Farid dilantik Setiausaha Politik MB Pahang

Mohd Farid menerima surat pelantikan sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang yang diserahkan sendiri Wan Rosdy dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu. - Foto FB WAN ROSDY WAN ISMAIL
Mohd Farid menerima surat pelantikan sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang yang diserahkan sendiri Wan Rosdy dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu. - Foto FB WAN ROSDY WAN ISMAIL
A
A
A

KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Farid Mohd Nor, 42, dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Rabu.

Majlis mengangkat sumpah kerahsiaan dilakukan sebelum mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri di Wisma Sri Pahang.

Wan Rosdy berkata, pelantikan anak kelahiran Kampung Kuala Telang, Lipis itu mengambil kira berpengalaman luasnya dalam bidang politik.

"Dengan pengalaman dimiliki diyakini beliau dapat membantu saya dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dengan jayanya," katanya melalui satu hantaran melalui laman Facebook rasminya pada Rabu.

Wan Rosdy berharap Setiausaha Politik baharunya itu dapat memberi komitmen sebaik mungkin demi kemakmuran negeri Pahang.

Sementara itu Mohd Farid berkata, pelantikan itu satu tanggungjawab besar baginya.

Menurutnya, atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tugas itu, dia akan dilaksanakan amanah itu sebaik mungkin dalam membantu Wan Rosdy berkaitan politik di negeri ini.

"Saya akan membantu beliau (Wan Rosdy) memulihkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan UMNO/BN negeri," katanya ketika dihubungi.

Pada 16 Januari lalu, Wan Rosdy melantik bekas Ketua Unit Komunikasi dan Media Pahang, Zulkhairi Zainuddin, 45, sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) beliau yang baharu.