Malang nasib Milan 'konsisten' kalah

Pioli. - Foto EPA
Pioli. - Foto EPA
A
A
A

MALANG nasib penyandang juara Serie A, AC Milan apabila berterusan dengan kemarau kemenangan kepada lima aksi berturut-turut dalam semua kejohanan musim ini.

Kali ini skuad bimbingan Stefano Pioli itu menjadi mangsa belasahan Lazio 0-4 pada Rabu.

Milan mempamerkan aksi hambar sejak kebelakangan ini selepas kalah 0-3 kepada Inter Milan pada final Piala Super Itali minggu lalu.

Sebelum itu Milan tersingkir dari Piala Raja Itali selepas disingkirkan Torino yang beraksi 10 pemain pada 12 Januari.

“Banyak perkara tidak berfungsi dengan baik di Milan ketika ini.

“Mentaliti, isu taktikal kerana kami melepaskan gol dalam beberapa situasi yang sepatutnya boleh dielakkan,” ujar Pioli.

Gol kemenangan pasukan kendalian Maurizio Sarri itu dihasilkan menerusi jaringan Sergej Milinkovic-Savic, Mattia Zaccagni, Luis Alberto dan Felipe Anderson.

Skrip berbeza buat kem Lazio apabila kian menyala dengan Milinkovic-Savic menganggap mereka mampu menjadi pencabar gelaran liga.

“Mengapa tidak? Jika kami beraksi sebegini ketika menentang juara bertahan, tiada sebab kami tidak mampu melakukannya,” katanya.

Kali terakhir Lazio merangkul gelaran liga ialah pada edisi 1999/2000.

Lazio ketika ini menghuni tempat ketiga, satu mata di belakang Milan dan 13 mata ditinggalkan pendahulu Napoli.