Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel

Pekerja kedai makan ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah hostel di Taman Pendamar Indah, Pandamaran di Klang pada Sabtu lalu.
Pekerja kedai makan ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah hostel di Taman Pendamar Indah, Pandamaran di Klang pada Sabtu lalu.
A
A
A

KLANG - Seorang pekerja kedai makan yang ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah hostel di Taman Pendamar Indah, Pandamaran di sini pada Sabtu lalu disahkan akibat penyakit Tuberculosis (Tibi).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga asing itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penyelianya sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis kira-kira jam 10.40 pagi.

Menurutnya, petugas perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, HTAR, Klang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan telah mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit Tibi," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mangsa berumur 45 tahun telah bekerja di kedai makan tersebut lebih kurang dua tahun.

"Mangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan di Klinik Utara Kota Pendamar sebelum ini dan telah disahkan positif penyakit Tibi," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam," katanya.