Sila log masuk terlebih dahulu.

Terkena elektrik ketika selamatkan anak, keluarga kemalangan

23 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 23 JANUARI 2023

Luluh hati seorang bapa melihat anak yang masih kecil terkulai selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terbabit kemalangan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat- Mersing dekat Kahang, Kluang, Johor pada petang Ahad, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menceritakan pengalaman tragis itu, Mohd Arifin Syamsuddin berusi 32 tahun berkata sewaktu mengangkat anak dan ahli keluarga yang lain selepas kemalangan berlaku, dia merasakan renjatan elektrik.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan enam maut termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah kereta dinaiki lapan individu terbabit kemalangan di KM 71 Jalan Mersing-Kluang, Johor, pada kira-kira jam 4.40 petang pada Ahad

.

#BeritaSemasa #SinarHarian