Pemandu kereta cemas diserang lelaki guna batu bata

Tangkap layar rakaman video seorang lelaki menggunakan batu bata untuk memecahkan cermin kereta yang dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, di sini pada Ahad.
Tangkap layar rakaman video seorang lelaki menggunakan batu bata untuk memecahkan cermin kereta yang dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu menempuh detik mencemaskan apabila diserang dengan menggunakan batu bata oleh seorang individu dalam kejadian tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, di sini pada Ahad.

Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang lelaki warga emas dilihat datang dari arah kiri jalan dan mengetuk cermin kereta dipandu mangsa menggunakan batu bata.

Suspek juga dilihat cuba membuka pintu kereta sambil menjerit memarahi mangsa.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca suspek bertindak sedemikian.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang mengesan individu-individu terlibat dalam kejadian tersebut.

"Mohon kepada individu terlibat tampil membuat laporan polis di mana-mana balai yang berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-62742312 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 0340482222," katanya.