Hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah, Sarawak hingga Rabu

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 25 Januari ini. - Foto 123RF
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 25 Januari ini. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Cuaca hujan berterusan diramalkan berlaku di timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 25 Januari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun yang berlaku di rantau negara dijangka sehingga 26 Januari 2023 dan ia berpotensi menyebabkan keadaan cuaca sedemikian.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah Sarawak serta pedalaman Sabah pada sebelah petang dan malam dalam tempoh ramalan.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 25 Januari 2023,” katanya dalam satu kenyataan yang mengemas kini ramalan cuaca di kawasan tersebut pada Ahad.

Kenyataan oleh MetMalaysia pada Ahad.
Kenyataan oleh MetMalaysia pada Ahad.

Muhammad Helmi menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.