Laluan keluar persimpangan bertingkat UPM ditutup sementara

Laluan keluar di persimpangan bertingkat UPM untuk sementara waktu bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol dan memastikan keselamatan pengguna.
Laluan keluar di persimpangan bertingkat UPM untuk sementara waktu bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol dan memastikan keselamatan pengguna.
A
A
A

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara laluan keluar di persimpangan bertingkat UPM buat sementara waktu ekoran kejadian sebuah bas persiaran terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM pada pagi Ahad.

Pengendali lebuh raya itu berkata, langkah berkenaan diambil bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol dan memastikan keselamatan pengguna.

Sehubungan itu, pengguna dari arah Utara iaitu Sungai Besi dan Kuala Lumpur yang ingin keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di persimpangan UPM dinasihatkan supaya berbuat demikian di persimpangan bertingkat Kajang.

“Bagi pengguna dari Bangi, Nilai atau Selatan dinasihatkan supaya berbuat demikian di persimpangan bertingkat Kajang atau Sungai Besi sebelum menggunakan laluan alternatif.

“Bagaimanapun, laluan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol UPM masih dibuka kepada orang ramai dan beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

Anggota bomba sedang melakukan usaha memadam kebakaran membabitkan sebuah bas persiaran di Plaza Tol UPM pada pagi Ahad.
Anggota bomba sedang melakukan usaha memadam kebakaran membabitkan sebuah bas persiaran di Plaza Tol UPM pada pagi Ahad.

PLUS memaklumkan insiden persiaran yang berlaku pada jam 6.20 pagi tadi itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada 40 penumpang kenderaan tersebut atau kepada petugas plaza tol atau mana-mana pengguna lebuh raya.

Katanya, api berjaya dipadamkan serta merta oleh pasukan Bomba dari Serdang beberapa minit selepas kejadian.