Sila log masuk terlebih dahulu.

Mural martabat seni pertukangan Melayu

21 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 21 JANUARI 2023

Lukisan mural diagram bot nelayan hasil karya tiga pelukis di bawah Jambatan Sultan Mahmud, di Kuala Terengganu mengetengahkan kehalusan seni pertukangan bot untuk tatapan masyarakat khususnya generasi muda, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Mural dengan judul 'Tukang Bot Klaut' yang dilakar di atas tiang jambatan bersaiz 3.34 meter lebar dan 1.7 meter tinggi itu mendokumentasikan struktur penuh binaan bot nelayan.

Hasil karya seni tiga pelukis iaitu Taib Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama pena Taib Aur, Khaidir Hakim Zaidan dan Aiman Faez Jailani dilakar sempena Program Jerayawara Seni anjuran Balai Seni Negara yang berlangsung bermula Disember 2022 sehingga Jun 2023.

Artikel: https://bit.ly/3ZJ3p9D

Muzik: Elevate dari www.bensound.com