Sila log masuk terlebih dahulu.

'Tiada bukti penangguhan untuk lengah rayuan Najib'

19 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 JANUARI 2023

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menetapkan prosiding pendengaran semakan sabitan dan hukuman kes SRC International Sdn Bhd, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 20 hingga 22 Februari depan.

Panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan tarikh itu selepas peguam mewakili bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu, masih banyak hujahan mahu dikemukakan sedangkan masa yang ada adalah agak singkat.

Semasa hujahan, Muhammad Shafee berkata, permohonan penangguhan oleh peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika merayu bagi pihak Najib adalah munasabah.

Artikel: https://bit.ly/3R5uYGl

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Najib