Wang bantuan disamun: Tiga individu dirakam keterangan

Datuk Sasikala Devi.
Datuk Sasikala Devi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Tiga individu termasuk guru besar sebuah sekolah dirakam keterangan berhubung kejadian samun melibatkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 di Pekan Semenyih, Kajang pada Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi berkata, siasatan berhubung kejadian masih lagi dijalankan melibatkan pelbagai aspek.

"Setakat ini seorang guru, seorang guru besar dan pekerja sebuah restoran telah dirakam keterangan berhubung kejadian.

"Selain itu, semakan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berhampiran belum menemui sebarang petunjuk positif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di IPD Sungai Buloh di sini pada Khamis.

Katanya, pihaknya turut akan memanggil pihak bank untuk dirakam keterangan berhubung kejadian.

Pada Isnin, wang yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, di sini, disyaki disamun penjenayah dalam kejadian di Pekan Semenyih, Kajang.

Wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 tersebut dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh guru besar sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada jam 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada Selasa.

Artikel Berkaitan: