Gempa bumi kuat di timur Taiwan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di Timur Taiwan pada 1.01 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak kira-kira 79 kilometer Timur dari bandar Taichung,Taiwan.

Menurut kenyataan itu, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: