Safawi perkuat cabaran The Dragons

Safawi kini menggalas cabaran bersama Ratchaburi FC dalam saingan Liga Thai.
Safawi kini menggalas cabaran bersama Ratchaburi FC dalam saingan Liga Thai.
A
A
A

BINTANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akhirnya melengkapkan perpindahan secara pinjaman bersama kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC.

“Dragon King Ratchaburi FC telah mencapai persetujuan pinjaman untuk khidmat pemain sayap berbakat skuad kebangsaan Malaysia, Safawi Rasid.

“Pemain kelab Liga Super, Johor Darul Ta’zim menyertai kelab ini atas dalam kuota pemain ASEAN, bagi saingan pusingan kedua Liga Thai 2022/23,” kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Disember lalu, pemain berusia 25 tahun kelahiran Dungun itu disahkan akan menyertai Ratchaburi FC selepas berakhir kempen saingan Piala AFF 2022 baru-baru ini.

Untuk rekod, antara pemain Harimau Malaya yang pernah beraksi di Liga Thailand - Dominic Tan (Police Tero - 2019-2021); Shahrel Fikri (Nakhon Ratchasima - 2018); Junior Eldstal (Chonburi FC - 2021); Norshahrul Idlan ( BG Pathum United - 2020).

Artikel Berkaitan: