Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan 'berkepala besar' bukan Kerajaan Perpaduan: Abdul Hadi

17 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 17 JANUARI 2023

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan yang terbentuk ketika ini adalah 'berkepala besar' bukannya Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada hari ini, beliau berkata, konsep sebenar Kerajaan Perpaduan adalah tiada pembangkang atau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, konsep perpaduan adalah bersatu atas titik persamaan dan bertoleransi dalam perbezaan dan kelainan mengikut garis sempadannya.

Artikel: https://bit.ly/3iG7meo

Muzik: Elevate dari www.bensound.com