Anwar tidak berhasrat bina mercu tanda

Anwar
Anwar
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri tidak berhasrat untuk membina bangunan mercu tanda di bawah era pentadbirannya.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan adalah diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang lebih berpotensi besar.

"Saya kata cukup mercu tanda (seperti) menara berkembar dan Tun Razak Exchange (TRX), saya okay," katanya dalam ucapan Majlis Dialog Belanjawan 2023 "Membangun Malaysia Madani" di Kementerian Kewangan pada Selasa.

Menurutnya, dasar kerajaan harus lebih tertumpu mengupayakan IKS yang dilihat mempunyai potensi dan jumlah pekerja besar.

"Kita perlu mengajak dan mengangkat keupayaan mereka untuk bersaing dengan syarikat besar.

"Jika semua kontrak besar tertumpu kepada syarikat besar yang terpilih, ia tidak akan membantu menaikkan IKS," katanya.

Beliau berkata, semua pihak tidak seharusnya hanya merenung kelesuan ekonomi namun perlu mencari jalan dalam bidang baharu untuk diterokai.

"Anjakan perlu di lakukan dalam bidang digital dan teknologi yang mana negara sedikit ketinggalan sekiranya ada percubaan baharu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anwar berkata, ekonomi hijau merupakan salah satu daripada lima tonggak memulihkan ekonomi negara.

"Tetapi apa yang mengejutkan, usul untuk perkenalkan tanaman organik oleh syarikat besar di Kuala Lumpur memakan masa dua tahun untuk diluluskan," katanya.

Menurutnya, budaya melengahkan kelulusan harus dihentikan dan ia harus dipercepatkan.

"Ketua- ketua jabatan harus bertanggungjawab terhadap mana-mana kelewatan dan tindakan akan diambil kerana memberi kesan kepada ekonomi kita," katanya.