Pesawat terhempas di Nepal: Pencarian mangsa diteruskan

Pesawat Yeti Airlines yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal dilaporkan terhempas di gaung. - Foto AFP
Pesawat Yeti Airlines yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal dilaporkan terhempas di gaung. - Foto AFP
A
A
A

KATHMANDU - Kotak hitam milik pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 yang terhempas pada Ahad berhampiran Pokhara, Nepal berjaya dijumpai.

"Pasukan keselamatan telah menemui kotak hitam sebentar tadi. Kami akan mendapatkannya tidak lama lagi," jurucakap Penerbangan Awam Nepal (CAAN), Jagannath Niroula memberitahu Xinhua.

Pasukan penyelamat menyambung semula usaha mengesan empat lagi mangsa selepas pesawat malang itu terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular di Nepal.

Penyelam dikerah mencari mangsa di Sungai Seti kerana dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai, kata Niroula.

Pesawat Yeti Airlines yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal dilaporkan terhempas di gaung Sungai Seti ketika dalam perjalananan dari Kathmandu ke Pokhara pada Ahad.

Setakat ini, 68 mayat berjaya ditemukan di lokasi nahas pada hari yang sama.

Kerajaan Nepal mengisytiharkan tempoh berkabung pada Isnin dan memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi menyiasat punca kemalangan yang disifatkan antara terburuk dalam sejarah Nepal.- Bernama.