Kedai kasut musnah terbakar

Anggota bomba sedang menjalankan kerja pemadaman sebuah unit kedai kasut dalam sebuah pusat beli belah di Serdang musnah terbakar dalam kejadian pada Ahad.
Anggota bomba sedang menjalankan kerja pemadaman sebuah unit kedai kasut dalam sebuah pusat beli belah di Serdang musnah terbakar dalam kejadian pada Ahad.
A
A
A

SERDANG - Suasana tenang dalam sebuah pusat beli belah bertukar gempar apabila sebuah unit kedai kasut di sini terbakar dalam kejadian pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 11.39 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian serta tiba pada jam 11.52 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah unit kedai kasut dalam pusat beli belah berkenaan yang mengalami kebakaran 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebuah unit kedai kasut dalam sebuah pusat beli belah di Serdang musnah terbakar dalam kejadian pada Ahad.
Sebuah unit kedai kasut dalam sebuah pusat beli belah di Serdang musnah terbakar dalam kejadian pada Ahad.

Beliau berkata, kerja-kerja pemadaman kemudian dijalankan oleh anggota bomba terlibat dan api berjaya dikawal serta dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.25 tengah hari.

"Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Punca dan anggaran kerugian berkaitan kebakaran masih dalam siasatan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: