Jepun lepas air terawat loji nuklear Fukushima tahun ini

Seorang pekerja sedang menjalankan ujian sampel air tercemar di loji nuklear Fukushimna, Okuma. - Foto AFP
Seorang pekerja sedang menjalankan ujian sampel air tercemar di loji nuklear Fukushimna, Okuma. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Jepun merancang untuk mula melepaskan lebih sejuta tan air terawat daripada loji tenaga nuklear Fukushima ke laut pada tahun ini, kata jurucakap tertinggi kerajaan.

Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno berkata, pelan itu telah disahkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), tetapi kerajaan akan menunggu 'laporan komprehensif' oleh badan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum dibebaskan ke laut.

"Kami menjangkakan masa pelepasan akan berlaku pada musim bunga atau panas tahun ini selepas kemudahan telah siap dan diuji serta laporan komprehensif dikeluarkan IAEA.

"Kerajaan akan berusaha sedaya upaya memastikan keselamatan dan mengambil langkah pencegahan terhadap khabar angin mengenainya," katanya.

Komen tersebut merujuk kepada kebimbangan berterusan dibangkitkan negara jiran dan komuniti nelayan tempatan mengenai rancangan pelepasan air terawat itu.

Sistem penyejukan loji bocor semasa bencana gempa bumi bawah laut sehingga mencetuskan tsunami pada 2011, menyebabkan nahas nuklear terburuk selepas Chernobyl. - AFP

Artikel Berkaitan: