Armand Azha sah bertanding Ketua Pemuda UMNO

Armand Azha Abu Hanifah
Armand Azha Abu Hanifah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti akan datang.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ketua UMNO Bahagian Subang itu merupakan antara ahli MKT yang dilihat berminat untuk merebut jawatan berkenaan, tetapi ia masih belum disahihkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Armand Azha pada Khamis tampil meluahkan hasrat dan bersedia untuk memegang jawatan tersebut.

"Jika merasakan saya layak, saya sentiasa terbuka,” katanya pada Khamis.

Bekas Exco Pemuda UMNO itu dikatakan antara pemimpin parti yang sering terpalit kontroversi.

Antara khabar angin yang mendapat perhatian adalah dakwaan beliau memiliki kenderaan mewah jenis Porsche bernilai RM1.7 juta.

Bagaimanapun, Armand Azha dilihat mempunyai rekod kepimpinan sebagai Pemuda UMNO yang agak baik sebelum ini.

Artikel Berkaitan: