Pengarah tersohor Hollywood dedah 'rahsia' The Fabelmans

Spielberg mendedahkan filem seperti E.T dan Close Encounters of the Third Kind menggunakan elemen daripada kehidupan sebenarnya. - Foto: AFP
Spielberg mendedahkan filem seperti E.T dan Close Encounters of the Third Kind menggunakan elemen daripada kehidupan sebenarnya. - Foto: AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Steven Spielberg menerima anugerah tertinggi di Golden Globes pada Selasa untuk kategori Drama Terbaik menerusi The Fabelmans dan turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik yang merupakan kemenangan ketiga beliau.

The Fabelmans hasil garapan Spielberg memaparkan kisah realiti kedua-dua ibu bapanya yang berdepan masalah rumah tangga dan usaha awal beliau bersama rakan remajanya untuk menghasilkan filem sifar bajet.

"Umum melihat saya sebagai satu kisah kejayaan. Tetapi, tiada yang tahu siapa diri kita sehingga kita berani untuk dedahkan perkara sebenar," kata pengarah tersohor berusia 76 tahun itu yang turut memberi penghargaan kepada mendiang ibunya.

Menurutnya, filem seperti E.T dan Close Encounters of the Third Kind menggunakan elemen daripada kehidupan sebenarnya.

Difahamkan, Spielberg telah bergelumang dalam dunia pengarahan selama lebih empat dekad dan filem dihasilkannya meliputi pelbagai genre dan yang paling mendapat perhatian adalah yang bertemakan sains fiksyen dan aksi pengembaraan seperti siri Indiana Jones.

Anugerah Golden Globes kali ke-80 kembali dianjurkan pada 2023 setelah dua tahun dunia dilanda pandemik Covid-19 dan masalah dalaman melibatkan penganjur selain dakwaan melanggar etika. - AFP

Artikel Berkaitan: