Cheremi Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu

Cheremi mengangkat sumpah sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam yang baharu di Wisma MBSA pada Selasa.
Cheremi mengangkat sumpah sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam yang baharu di Wisma MBSA pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ir Cheremi Tarman dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam baharu.

Majlis angkat sumpah terima jawatan telah diadakan di hadapan Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid di Wisma MBSA pada Selasa.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, Cheremi berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Selangor (Unisel) selain Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Louisiana State University, Amerika Syarikat serta Diploma dari Kansas State High School Equivalency, Amerika Syarikat.

"Beliau juga memprolehi gelaran Jurutera Profesional (Ir) daripada Board of Engineers (BEM) dan menyertai perkhidmatan awam pada November 1988.

"Beliau telah berkhidmat di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai Pengarah Kejuruteraan pada Januari 2010 sehingga Jun 2013 dan Timbalan YDP MPS pada Ogos 2020 sehingga Disember 2023," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pengalaman luas dalam perkhidmatan awam itu diharapkan dapat memacu MBSA sebagai PBT yang cemerlang dan terunggul bukan sahaja di Selangor dan Malaysia malah di persada antarabangsa.

Artikel Berkaitan: