Remaja maut nahas libat tiga kenderaan

Remaja maut setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal sebelum terbabas dan dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam Bharu di sini pada Isnin.
Remaja maut setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal sebelum terbabas dan dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam Bharu di sini pada Isnin.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang remaja maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam Bharu di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari, mangsa berumur 16 tahun itu menunggang motosikal jenis SM Sport dari arah Pekan Ulu Yam Bharu menghala ke Batang Kali.

"Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal lain jenis Yamaha 135LC di hadapannya mengakibatkan motosikal tersebut terbabas di laluan bertentangan.

"Sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: