Terbuka Australia: Pemain positif Covid-19 dibenar bertanding

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SYDNEY - Pemain tenis yang disahkan positif Covid-19 dibenarkan turun ke gelanggang Terbuka Australia, lapor dpa memetik ketua kejohanan Craig Tiley pada Isnin.

Tiley dipetik media tempatan sebagai berkata, bahawa pemain tidak perlu melaporkan keputusan ujian dan akan dibenarkan bertanding selagi mereka berasa cergas.

"Kami telah menjelaskannya kepada pemain, serta lebih 12,000 kakitangan... jika ada yang berasa tidak sihat, duduk di rumah.

"Ia adalah persekitaran yang normal, dan kemungkinan akan ada pemain yang menghidap Covid-19," katanya.

Australia telah menarik balik syarat wajib vaksinnya untuk pelancong dan kerajaan menggugurkan larangan kemasukan tiga tahun untuk pemain dunia Novac Djokovic.

Djokovic, pada Isnin dilaporkan mendarat di Melbourne Park sedang memburu kejuaraan ke-10 ketika dia berusaha untuk menyaingi rekod pemain tenis perseorangan Rafael Nadal iaitu 22 gelaran grand slam. - Bernama.

Artikel Berkaitan: