Sila log masuk terlebih dahulu.

Dipecat PKR, Tian Chua luah rasa kesal

09 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 9 JANUARI 2023

Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua kesal dengan tindakan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datin Dr Tan Yee Kew yang mengumumkan pemecatan beliau dan empat lagi ahli parti itu kepada media dahulu sebelum memaklumkan kepadanya dan individu-individu berkenaan.

Malah tindakan itu juga disifatkan sebagai tidak profesional dan tidak sopan.

Tian Chua berkata, sebagai aktivis PKR yang menyaksikan kelahiran gerakan dan terlibat perjuangan lebih dua dekad, sudah tentunya beliau sedih dan kecewa dengan keputusan tersebut.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3ZoCAaD

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti