Chelsea, Vasco capai persetujuan perpindahan Santos

Andrey Santos
Andrey Santos
A
A
A

CHELSEA mencapai persetujuan dengan Vasco da Gama untuk perpindahan pemain antarabangsa Brazil Bawah 20 tahun, Andrey Santos, kata kelab Brazil itu pada Sabtu.

Pemain berusia 18 tahun yang dianggap antara bakat paling cemerlang dalam bola sepak Brazil itu akan menjadi pemain ketiga Chelsea pada jendela perpindahan Januari.

Kelab London itu sebelum ini turut membawa masuk David Datro Fofana (Molde FK) dan Benoit Badiashile (AS Monaco).

Santos yang beraksi di bahagian tengah adalah pemain utama buat Vasco da Gama di bahagian kedua Brazil musim lalu.

Dia menjaringkan lapan gol dalam 33 perlawanan liga, membantu mereka mendapat kenaikan pangkat ke liga teratas.

Untuk rekod, Chelsea berada di tempat ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 25 mata selepas 17 perlawanan.

The Blues akan menentang Manchester City di tempat lawan dalam aksi Pusingan Ketiga Piala FA pada tengah malam Isnin.

Artikel Berkaitan: