Tentera pulang tahlil maut dirempuh

Muhamad Solleh maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh berhampiran Bertam Putra, Melaka pada malam Khamis.
Muhamad Solleh maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh berhampiran Bertam Putra, Melaka pada malam Khamis.
A
A
A

MELAKA - Seorang tentera yang pulang dari menghadiri majlis tahlil di tempat kerjanya, maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampiran Bertam Putra, di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Muhamad Solleh Ramli, 33, yang bertugas di Kem Terendak Sungai Udang menunggang motosikal Yamaha LC135 dari arah tempat kerjanya di Sungai Udang menghala ke Ayer Keroh.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian di kawasan Bertam Putra di Lebuh SPA, mangsa telah melanggar seekor anjing dan jatuh terseret di lorong kiri jalan.

"Dalam masa sama, sebuah kereta Toyota Fortuner yang datang dari arah yang sama tidak sempat mengelak dan terlanggar mangsa yang berada di lorong kiri jalan.

"Akibat perlanggaran tersebut, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan notis Pol.61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, pemandu berkenaan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil sampel darah bagi tujuan analisis oleh Jabatan Kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: