Sila log masuk terlebih dahulu.

Najib mohon 5 pakar undang-undang: Shafee

05 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 5 JANUARI 2023

[MOJO LIVE] Sidang media Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai perkembangan semasa kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Iftitah Rozlan.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari (WGAD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memohon pembebasan atau perbicaraan semula berhubung rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu memohon lima pakar undang-undang antarabangsa untuk memutuskan bahawa penolakan rayuannya adalah tidak adil dan melanggar hak asasi manusia serta Perlembagaan Persekutuan.