Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes tampar pemain: Jurulatih mohon maaf secara terbuka

05 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 5 JANUARI 2023

Jurulatih bola tampar membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakannya menampar dua pemain remaja perempuan yang tular di media sosial selepas insiden di kejohanan di Kota Tinggi, Johor, pada 16 Disember lalu, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Saiful Hadee Amar berusia 44 tahun itu kesal dengan apa yang berlaku kerana niatnya ketika itu adalah untuk menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada pemain pasukan bola tamparnya.

Menurutnya, bersedia dengan sebarang tindakan dan keputusan yang bakal dikenakan atas keterlanjuran perbuatannya ketika itu dan berharap insiden terbabit menjadi pengajaran kepada dirinya.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3vECUV4

#BeritaSemasa #SinarHarian