Kes selesema burung di Jepun cecah rekod tertinggi

Kes pertama selesema burung musim ini disahkan pada Oktober, dengan jenis H5N1 yang sangat berbahaya. - Foto Reuters
Kes pertama selesema burung musim ini disahkan pada Oktober, dengan jenis H5N1 yang sangat berbahaya. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Kes selesema burung di Jepun mencecah 54 musim ini, rekod tertinggi selepas jangkitan baharu disahkan di wilayah Chiba dan Fukuoka, menurut Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, lapor Xinhua.

Sehingga Selasa, jumlah wabak selesema burung mencecah 54 di 23 wilayah di Jepun pada musim ini, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 52 wabak pada 2020-2021.

Selesema burung juga dilaporkan di sebuah ladang yang menternak emu di wilayah Fukuoka di barat daya Jepun, dengan kira-kira 430 haiwan dimusnahkan.

Sementara itu, di sebuah ladang ayam di wilayah Chiba, timur Tokyo, kes selesema burung turut dilaporkan pada hari yang sama, mengakibatkan kira-kira 10,000 ekor ayam mati di lokasi itu.

Kes pertama selesema burung musim ini disahkan pada Oktober, dengan jenis H5N1 yang sangat berbahaya dikesan daripada sampel ayam yang dijangkiti.

Jumlah keseluruhan burung yang musnah akibat wabak musim ini dijangka mencecah kira-kira 7.75 juta.- Bernama.

Artikel Berkaitan: