Kementerian Luar China letak Tianjin di peta dunia

Tianjin
Tianjin
A
A
A

TIANJIN - CHINA. Bandar raya tepi pantai di utara China Tianjin telah diletakkan di peta dunia pada Selasa setelah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China (MFA) dan kerajaan perbandaran itu mengadakan satu acara penggalakan.

Bertajuk “China dalam Era Baharu: Tianjin Yang Dinamik Berada di Peringkat Global”, acara itu telah menarik kira-kira 500 orang tetamu termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan diplomat asing di China.

Tianjin merupakan majlis perbandaran pertama yang dipromosikan oleh MFA, yang melancarkan sebuah kempen penggalakan bertaraf global bagi kawasan wilayah dan bandar raya di China.

Dirancang untuk mempromosikan pencapaian bagi pembangunan Tianjin dalam tempoh 70 tahun sejak penubuhan Republik Rakyat China, acara itu termasuk satu pengenalan kepada pembangunan ekonomi dan sosial Tianjin, pameran, pertukaran di antara tetamu China dan asing, memaparkan persembahan kebudayaan yang ditonjolkan dan menikmati sajian makanan tempatan.

 Tianjin
Tianjin

Sebagai satu daripada tempat kelahiran bagi industri moden China, Tianjin telah membuat sumbangan yang penting kepada pembangunan ekonomi dan sosial China dalam tempoh 70 tahun yang lalu.

Memasuki era baharu, Tianjin akan mematuhi konsep pembangunan yang baharu, melaksanakan strategi pembangunan Beijing-Tianjin-Hebei yang diselaraskan, dan secara proaktif mengintegrasikan diri ke dalam Inisiatif Belt and Road untuk mewujudkan sebuah bandar raya bertaraf antarabangsa yang bersifat inklusif dan sesuai didiami dari segi ekologi.

Acara penggalakan ini memaparkan sejarah dan budaya Tianjin yang inklusif dan amalan-amalan jelas Tianjin dalam menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dengan inovasi yang bebas.

Artikel Berkaitan:

Kementerian itu telah mengadakan aktiviti penggalakan ke seluruh dunia bagi 16 kawasan wilayah dan Kawasan Baharu Xiong'an di Wilayah Hebei setakat ini untuk membantu tempat-tempat ini menjadi terkenal di peringkat antarabangsa. - Bernama