Sila log masuk terlebih dahulu.

Kebakaran Jakel: Jangan buat spekulasi 

02 Januari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 2 JANUARI 2023

Polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan punca kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sedang menyiasat punca kebakaran termasuk mengerakkan Unit Anjing Pengesan (K9).

Setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan berkaitan beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa kejadian kebakaran tersebut disengajakan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3WDkoIr

#BeritaSemasa #SinarHarian