[VIDEO] Pemotong rumput, janda dicekup berkhalwat

Penguatkuasa JHEAINS menerangkan kesalahan dilakukan oleh pasangan kekasih terbabit.
Penguatkuasa JHEAINS menerangkan kesalahan dilakukan oleh pasangan kekasih terbabit.
A
A
A

NILAI - Lena sepasang kekasih terganggu apabila pintu bilik hotel bajet diinap mereka diketuk penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam pemeriksaan yang dilakukan sempena ambang tahun baharu pada Ahad.

Pintu bilik hotel berkenaan dibuka selepas lebih lima minit dan tanpa segan silu lelaki berusia 31 tahun itu mengaku menginap bersama teman wanita yang juga seorang janda berusia 29 tahun.

Dia yang tidak berbaju dan kelihatan dalam keadaan mamai mendakwa mendaftar masuk ke hotel terbabit jam 9.30 malam untuk berehat.

Saya kerja sebagai pemotong rumput, baru balik kerja dalam jam 7 lebih tadi. Datang sini nak berehat.

"Saya tinggal di Labu dan teman wanita saya di Mantin. Dia tidak bekerja kerana jaga ibunya yang baharu dipotong kaki," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pemeriksaan di hotel terbabit dilakukan selepas didapati sering dijadikan tempat pasangan kekasih melakukan maksiat.

Jelasnya, dalam pemeriksaan dilakukan hanya satu pasangan beragama Islam yang ditahan selepas didapati bukan muhrim.

"Mereka telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasa JHEAINS Daerah Nilai untuk diambil tindakan lanjut mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana cubaan melakukan persetubuhan haram," katanya.

Artikel Berkaitan: