Bedah siasat pelayan maut akibat letupan petang ini

Laporan Sinar Harian pada pagi Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada pagi Jumaat.
A
A
A

AMPANG - Bedah siasat membabitkan seorang pelayan yang maut akibat letupan sebuah bungkusan yang diletakkan atas keretanya dijalankan pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun akan diuruskan pihak Hospital Ampang.

"Untuk makluman, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pada hari ini jam 2.30 petang bertempat di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, seorang pelayan maut selepas sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini pada malam Khamis.

Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang sekitar jam 9.45 malam.

Artikel Berkaitan: