Sila log masuk terlebih dahulu.

Kastam bongkar taktik ubah suai kontena seludup rokok

29 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 29 DISEMBER 2022

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok ke Australia dianggarkan bernilai RM426,000 yang disembunyikan di dalam lantai sebuah kontena hasil pemeriksaan yang dilakukan di Pelabuhan Pasir Gudang pada 9 Disember lalu, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Rampasan pada jam 11.35 pagi itu merupakan hasil maklumat Cawangan Narkotik JKDM.

Hasil pemeriksaan rapi menemukan 428,000 batang rokok putih disembunyikan di ruang khas lantai kontena yang telah diubah suai bersama 20 palet tisu tandas, tisu dapur dan tisu basah.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3GoZIyd

#BeritaSemasa #SinarHarian