Sila log masuk terlebih dahulu.

PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain

28 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 28 DISEMBER 2022

Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin antara 11 pemimpin Parti Bangsa Malaysia yang dipecat.

PBM juga memecat Timbalan Presidennya, Haniza Talha dan Ketua Wanita, Dr. Daroyah Alwi serta setiausaha Agung parti itu, Nor Hizwan Ahmad.

Haniza dan Daroyah Alwi bagaimanapun masih kekal sebagai ahli biasa walaupun dipecat daripada jawatan masing-masing.

Selain itu, PBM turut memecat Naib Presiden 1, Rahimah Majid, Naib Presiden 2, Dr Sathiskumar, Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Ketua Pemuda, Na’im Brundage dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3Z4mZNg

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa