Uncle Kentang ajak orang ramai baiki jalan

Uncle Kentang mengajak orang ramai untuk turut sama membantu dalam membaiki jalan raya yang berlubang. Gambar kecil: Uncle Kentang - Foto 123rf
Uncle Kentang mengajak orang ramai untuk turut sama membantu dalam membaiki jalan raya yang berlubang. Gambar kecil: Uncle Kentang - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang mengajak orang ramai untuk turut sama membantu dalam membaiki jalan raya yang berlubang.

Ini kerana menurutnya, kos untuk membaik pulih tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan kemalangan yang bakal dihadapi.

“Kos untuk tampal satu lubang mungkin makan dalam tiga paket atau lima paket. Kos mungkin cecah RM70 ke RM200 bergantung pada lubang.

“Tetapi kalau kita buat perbandingan dengan harga atau nilai satu tangan, satu kaki yang patah atau nyawa yang melayang atau mangsa akan lumpuh dan jadi orang kurang upaya (OKU), kos menjadi remeh dan harus di lakukan.

“Ramai anak muda kini tiada kerja atau buat separuh masa penghantar makanan atau Lalamove. Bahaya kalau mereka cedera, lumpuh atau mati kerana mak ayah yang uzur tidak mampu lagi cari duit untuk tampung mereka.

“Jom, mari kita tampal lubang jalan raya. Kos tidak tinggi. Kita selamatkan penunggang dari kecederaan, lumpuh atau mati,” katanya dalam hantaran Facebooknya pada Isnin.

Menurut beliau, apabila jalan tidak dibaiki dan telah menyebabkan kemalangan kepada penunggang, ia adalah lebih merumitkan.

“Memang sukar untuk saman majlis. Manalah budak-budak penghantaran ini ada duit nak pasang peguam. Buka fail pun sudah RM2,000. Mak ayah yang uzur mana ada duit nak saman majlis bandaraya.

Artikel Berkaitan:

“Nak lawan bukan satu dua bulan, makan masa lima hingga enam tahun. Siapa nak tanggung kos rawatan dan penjagaan dalam tempoh ini?

“Kebiasaan saman majlis ini akan gagal atau selesaikan di luar mahkamah. Pampasannya tidak memadai dengan kecederaan,” katanya.

Jelas beliau, usaha untuk membaik pulih tersebut akan diteruskan pada Isnin.

“Tidak payah tunggu majlis. Kita manusia yang berakal dan bermata.

“Ayuh, siapa minat sumbang tar atau minat untuk sertai, hubungi saya. 018 2683999. Hari ini cuaca baik. Lubang mesti kering sebelum kita tampal lubang,” ujarnya.